"Dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar"
(Al-Ankabut: 45)
Apakah keajaiban di sebalik kita berwudhu'? Kini telah ramai pakar perubatan moden yang mengkaji kebaikan berwudhu'
wudhu merupakan senjata orang mukmin.Allah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu hendak mengerjaka solat maka basuhlah mukamu dan tanganmu hingga ke siku dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu ke dua-dua mata kaki, jika kamu junub maka mandilah, jika kamu sakit atau dalam perjalanan dalam kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik, sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyusahkan kamu tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"
(Al-Mai'dah:6)
Wudhu' tidak hanya sekadar membersikan anggota badan yang zahir dan bukan sekadar menyucikan badan yang dilakukan secara berulang kali setiap hari. Pengaruh kejiwaan dan kemuliaan rohani dan dirasakan seorang muslim setelah berwudhu' lebih besar daripada hanya sekadar diungkapkan dengan kata-kata, terutama apabila dia telah melakukan wudhu' dengan sempurna dan baik.
Wudhu' memiliki peranan yang besar bagi kehidupan seorang muslim kerana wudhu' akan menjadikannya sselalu sedar dan bertenaga dalam hidupnya. Perkara ini sebagaimana dinyatakan sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim:-
"Siapa yang berwudhu', dengan sempurna, maka dosa-dosanya keluar dari badan hingga ada yang keluar dari bawah kukunya."
"Siapa yang berwudhu' kemudian dia menyempurnakan dengan membasuh kedua-dua tangan, wajahnya, menyapu kepalanya dan kedua telinga, lalu dia berdiri melaksanakan solat wajib, maka dosanya diampuni pada hari itu. Dosanya diampuni selama dia menjaga kemana kakinya berjalan, menjaga apa yang dipegang tangan yang didengar telinga, yang dilihat matanya dan selama dia mencegah dirinya terjerumus ke dalam keburukan."
(H.R Ahamad dari Abu Umamah)
Membasuh anggota wudhu' yang berfungsi menghilangkan debu di badan tertentu tidak diragui lagi manfaatnya sangat besar bagi kesihatan secara umum. Hal ini disebabkan oleh anggaota badan sepanjang hari selalu dihinggap jutaan bakteria yang berasal dari setiap ruang cubic udara. Bakteria selamanya menyerang badan melalui kulit dan di tempat-tempat yang terbuka.Hal ini dengan berwudhu', dengan berwudhu' bakteria akan hilang dengan sendiri dari permukaan kulit yang di sirami dengan air, terutama apabila diiringi dengan memijak-mijak secara baik dan menyiramkan air secara merata seperti yang diajar oleh Rasulullah S.A.W, sehingga setelah berwudhu' tidak ada lagi kotoran dan bakteria yang melekat di badan, kecuali Alllah S.W.T menghendakinya .
a) Berkumur-kumur
Kajian moden menetapkan berkumjur-kumur dapat menjaga mulut dan kerongkong dari radang dan menjaganya dari terjadi radang gusi. Hal ini keraan berkumur-kumur berfungsi memelihara gigi dan menbersihkannya dari sisa-sisa makanan yang masih melekat. Manfaat lain yang sangat penting adalah dapat menguatkan sebahagian urat wajah dan menjaga kebersihannya. Hal ini merupakan sesuatu latihan penting yang telah dikenali oleh para pakar pendidikan olah raga.
Latihan ini juga bermanfaat mencipta ketenangan jiwa bagi seseorang, apabila dia benar-benar dalam keadaan menggerakkaan urat-urat mulutnya ketika berkumur-kumur.
b) Membasuh hidung
Kajian yang dilakukan sekumpulan doktor di Universiti Alexandria menetapkan ppada umumnya, orang-orang yang erwudhu' secara berterusan hidungnya bersih dari debu, kuman dan bakteria. Sebagaimana diketahui jika kita membersihkan lubang hidung dari tempat-tempat yang biasanya menjadi sarang bakteria dan kuman, lalu dibersihkan secara berterusan, maka akan menjadikan lubang hidung bersih dan aman daripada gangguan radang dan kuman. Hal ini berpengaruh kepada kesihat badan sacara keseluruhan kerana menumpuknya bakteria di lubang hidung dapa menyebabkan bahaya bagi anggota badan lain.
c) Mambasuh wajah dan kedua-dua tangan
Membasuh wajah dan kedua-dua tangan hingga kedua-dua siku memiliki manfaat yang sangat besar dalam menghilangkan debu dan bakteria, lebih-lebih lagi dalam keadaan menghilangkan peluh dari permukaan kulit. Air wudhu' juga berfungsi membersihkan kulit dari kandungan minyak yang tersimnap dari kelenjar kulit. Pada umumnya, kelejar kulit dari kandungan minyak yang tersimbap menjadi tempat yang baik bagi pembiakan kuman.So, kalau kita dah basuh InsyaAllah dah bersih
d) Kedua-dua belah kaki
Adapun membasuh kedua-dua kaki sambil memerhati dengan baik akan menciptakan perasaan tenagn dan nyaman kerana di kakilah terletak semua urat yang berhubungan dengan seluruh anggota badan. Apabila seseorang berwudhu' dengan melihat kedua-dua kakinya dengan penuh perhatian, dia seolah-olah melihat anggota badannya secara bersama. Perkara inilah antara sebab yang akan memberikan perasaan tenang dan nyaman bagi setiap muslim setelah berwudhu'
Subaahanallah!
Maha Suci Allah yang tiada sia-sia akan penciptaan-Nya..
Tahu tak macam mana nak kurangkan masalah selsema atau flu?
Hasil kajian doktor mengesahkan bahawa dengan berkumur-kumur dengan air setiap kali dapat mengatasi diserangnya penyakit kesejukan dan demam selsema. Walaupun dalam wudhu' tu sunat tetapi ianya amat bermanfaat. Cuba bayangkan semua benda rukun yang telah Allah tetapkan,
Subhanallah...
Kepala dari sesuatu perkara ialah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jidad
(H.R. At-Tirmizi)
Semoga kita tetap beristiqamah menunaikan apaa yang telah difardhukan ke atas kita.
Wallahua'lam...
By Ahmad Bin Salim Badwailan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment