Jangan merokok – eksperimen yang dijalankan oleh pakar membuktikan bahawa menghisap rokok sesudah makan adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok (peluang untuk mendapat kanser adalah tinggi)
Jangan terus memakan buah-buahan – Memakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kembung kerana dimasuki angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam sebelumnya.
Jangan minum teh – Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang dimakan akan menjadi keras, justeru ianya lebih sukar untuk dihadam
Jangan longgarkan tali pinggang anda – Melonggarkan tali pinggang sesudah makan dengan mudahnya akan menyebabkan usus berpusing dan amp tersekat
Jangan mandi - Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan, justeru jumlah darah disekeliling perut akan menurun. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.
Jangan berjalan-jalan – Biasanya orang akan mengatakan bahawa berjalanlah seratus langkah sesudah makan dan anda akan hidup sehingga berusia 99 tahun. Hakikatnya, ini adalah tidak benar. Berjalan akan menyebabkan sistem penghadaman tidak berupaya untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan.
Jangan terus tidur – Makanan yang dimakan tidak akan dapat dihadam dengan sempurna. Ini akan membawa kepada keadaan gastrik dan jangkitan di dalam usus kita.
By Viram
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment